Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bukan silap Messi Argentina seri 1-1 dengan Iceland: Jurulatih

Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli, enggan menyalahkan bintang bola sepak Lionel Messi meskipun beliau gagal menyempurnakan tendangan penalti yang mampu membawa kemenangan bagi pasukan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bukan silap Messi Argentina seri 1-1 dengan Iceland: Jurulatih

Messi gagal menyempurnakan tendangan gol penalti dalam perlawanan antara Argentina dengan Iceland. (Gambar: Albert Gea/ Reuters)

Diterbitkan : 17 Jun 2018 06:14PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 06:20PM

MOSCOW: Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli, enggan menyalahkan bintang bola sepak Lionel Messi meskipun beliau gagal menyempurnakan tendangan penalti yang mampu membawa kemenangan bagi pasukan itu.

Semalam (16 Jun), Argentina terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Iceland, satu keputusan yang mengejutkan.

Dalam perlawanan tersebut, penyerang Argentina menyumbatkan gol pertama bagi pasukan itu pada minit ke-19.

Namun, Iceland membendung serangan Argentina empat minit selepas itu melalui tendangan gol Alfred Finnbogason.

Ini meletakkan kedua-dua pasukan itu pada kedudukan seri.

Messi mendapat peluang keemasan untuk mengharumkan nama pasukannya pada minit ke-64 melalui tendangan penalti. Kegagalannya untuk menyempurnakan gol malangnya membawa kepada kegagalan Argentina untuk menumpaskan Iceland.

"Saya tahu beliau komited untuk membantu pasukan ini mara ke peringkat selanjutnya. Sukar untuk menilai prestasinya kerana Iceland bermain hampir seluruh perlawanan dalam kawasan padang mereka sendiri," kata Jorge Sampaoli.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan