Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: VAR mungkin digunakan dalam pusingan kalah mati Liga Juara-juara

Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) mungkin digunakan di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara musim ini, menurut Presiden Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: VAR mungkin digunakan dalam pusingan kalah mati Liga Juara-juara

Presiden UEFA Aleksander Ceferin. (Gambar: Francois Walschaerts/Reuters)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 10:57PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 11:02PM

REUTERS: Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) mungkin digunakan di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara musim ini, menurut Presiden Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin.

Badan induk bola sepak Eropah itu memilih untuk tidak menggunakan VAR musim ini, meskipun teknologi tersebut sudah digunakan oleh liga-liga utama Eropah di Sepanyol, Itali dan Jerman, serta semasa di Piala Dunia Rusia awal tahun ini.

Bercakap dalam satu sidang media di Brussels pada Selasa (20 Nov), Ceferin berkata satu laporan pengadil minggu depan mungkin akan membolehkan Jawatankuasa Eksekutif UEFA untuk menyemak semula keputusan mereka semasa mesyuarat di Dublin pada 2 hingga 3 Disember.

"(Ketua pengadil UEFA) Roberto Rosetti dan pasukannya memang hebat bersedia. Terdapat beberapa perkara penting - para pengadil dan kesemua aspek teknikal sudah bersedia," menurut Ceferin.

"Saya menjangkakan laporan itu dalam tempoh seminggu sebelum kami boleh menggunakan sistem itu. Paling lama, musim depan."

Pengerusi Persatuan Kelab Eropah Andrea Agnelli, yang duduk bersebelahan Ceferon menambah: "Ini bermakna kami ada ruang untuk menggunakannya lebih awal jika segalanya berjalan lancar." 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan