Bola sepak: Salah wira Liverpool letakkan The Reds ke tangga ke-2 EPL
Mohamed Salah sekali lagi menyelamatkan Liverpool menerusi jaringan kemenangan enam minit sebelum perlawanan berakhir di padang lawan dengan kemenangan 2-1 mengatasi Crystal Palace. Kemenangan itu sekali gus membawa pasukannya ke tangga kedua Liga Perdana England (EPL).
LONDON: Mohamed Salah sekali lagi menyelamatkan Liverpool menerusi jaringan kemenangan enam minit sebelum perlawanan berakhir di padang lawan dengan kemenangan 2-1 mengatasi Crystal Palace. Kemenangan itu sekali gus membawa pasukannya ke tangga kedua Liga Perdana England (EPL).
Luka Milivojevic membawa pasukan yang diancam penyingkiran, Palace, di depan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti dan tuan rumah tidak bernasib baik ketika dua pemain Liverpool, Loris Karius dan Sadio Mane dengan mudah boleh dibuang padang.
Mane menyamakan kedudukan empat minit selepas rehat babak pertama.
Walaupun melalui perlawanan paling perlahan bersama Liverpool musim ini, Salah terbukti menjadi penyelamat perlawanan.
Liverpool mengatasi pencabar utama Manchester United, namun Red Devils boleh kembali ke kedudukan kedua di belakang pendahulu, Manchester City apabila menentang Swansea City pada Sabtu (31 Mac).
Kekalahan ketiga berturut-turut di padang sendiri buat Palace menyebabkan skuad kendalian Roy Hodgson itu hanya dua mata di atas zon penyingkiran - bermain lebih dua perlawanan berbanding Southampton di tangga ke-18.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.