Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Mourinho ikrar mampu ubah nasib Manchester United

Jose Mourinho menegaskan beliau masih kekal individu yang mampu mengubah nasib Manchester United selepas akhbar Britain, Daily Mirror melaporkan pengendali Red Devils itu akan dipecat.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Mourinho ikrar mampu ubah nasib Manchester United

Pengurus Manchester United Jose Mourinho. (Gambar: Reuters/Valentyn Ogirenko)

Diterbitkan : 06 Oct 2018 09:00AM Dikemas Kini : 06 Oct 2018 09:05AM

LONDON : Jose Mourinho menegaskan beliau masih kekal individu yang mampu mengubah nasib Manchester United selepas akhbar Britain, Daily Mirror melaporkan pengendali Red Devils itu akan dipecat tidak kira apa saja keputusan pertemuan dengan Newcastle di Old Trafford pada Sabtu (6 Okt).

United bergelut di kedudukan ke-10 Liga Perdana tanpa kemenangan di padang sendiri dalam kesemua persaingan sejak permulaan musim ini.

Menurut Mirror, ahli lembaga kelab sudah hilang keyakinan terhadap Mourinho dengan "sumber-sumber kanan" mendedahkan jurulatih dari Portugal itu yang sudah membimbing hampir dua tahun setengah akan dipecat tidak kira apa juga keputusan apabila menentang Magpies.

Keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Valencia pada saingan Liga Juara-Juara, Selasa lalu (2 Okt) menyaksikan Mourinho gagal membantu pasukan melakar kemenangan di tempat sendiri selama empat perlawanan.

Mourinho sebelum itu menepis kritikan terhadapnya apabila menegaskan beliau berjaya membawa United melakar pencapaian lebih daripada sepatutnya apabila menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan ketinggalan 19 mata selain memberi alasan musim ini lebih sukar.

“Pasukan ini boleh menjadi lebih baik. Jika anda mahu saya ulangi, musim lalu adalah musim yang menakjubkan untuk kami.

“Jika anda mahu sesuatu yang lebih lagi, saya juga sudah menyatakan pada aksi pramusim bahawa tahun ini pastinya lebih sukar.

"Saya fikir kita mempunyai potensi untuk melakukan lebih baik daripada apa yang kami lakukan dalam Liga Perdana," kata Maurinho.

"Kami lebih baik daripada ini, keadaan kami akan bertambah baik. Saya tidak ragu tentang itu." 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan