Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia: China lawan Syria seri 2-2

Harapan China untuk ke peringkat akhir Piala Dunia menghadapi tamparan selepas seri 2-2 dengan Syria dalam perlawanan Kumpulan A.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia: China lawan Syria seri 2-2
Diterbitkan : 14 Jun 2017 09:07PM Dikemas Kini : 14 Jun 2017 09:09PM

CHINA: Harapan China untuk ke peringkat akhir Piala Dunia menghadapi tamparan selepas seri 2-2 dengan Syria dalam perlawanan Kumpulan A.

Syria mendahului seawal minit ke-12 menerusi tendangan penalti akibat kesilapan pasukan China.

Tendangan disempurnakan Mahmoud Al Maowas.

Namun China bangkit selepas masa rehat jugamenerusi tendangan penalti.

Gao Lin menyamakan kedudukan 1-1.

Tujuh minit kemudian Wu Xi meletakkan pasukannya di atas sekali lagi dengan tendangan kaki kanannya.

Malangnya kedudukan itu tidak dapat dipertahankan.

Ahmad Al Salleh menyekat laluan China ke peringkat akhir dengan tendangan bebas, menjadikan kedudukan 2-2.

China kini berada di tempat corot dalam kumpulan A.

Dalam perlawanan kumpulan B, Jepun nampak bersemangat untuk mengatasi Iraq selepas gol jaringan Yuya Osaka.

Namun Jepun dikejutkan dengan gol penyamaan Iraq 17 minit sebelum rehat.

Dengan kedudukan 1-1 ini, Jepun kini hanya satu mata di atas kedua-dua Arab Saudi dan Australia dalam kumpulan B.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan