Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bintang Chelsea Eden Hazard luahkan harapan hijrah ke Real Madrid

Kontrak pemain sayap Belgium itu dijadual berakhir pada Jun 2020 dan pasukan Blues itu mahu melanjutkan kontraknya walaupun Hazard sudah menyatakan beliau ingin ke Sepanyol.

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang Chelsea Eden Hazard luahkan harapan hijrah ke Real Madrid

Pemain sayap Chelsea, Eden Hazard, semasa perlawanan bersama Southampton di Liga Perdana England. (Gambar: Action Images via Reuters/John Sibley)

Diterbitkan : 09 Oct 2018 08:58AM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 09:28AM

BARCELONA: Bintang pasukan Chelsea Eden Hazard masih menaruh harapan beliau dapat beraksi untuk gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid.

Kontrak pemain sayap Belgium itu dijadual berakhir pada Jun 2020 dan pasukan Blues itu mahu melanjutkan kontraknya walaupun Hazard sudah menyatakan beliau ingin ke Sepanyol.

"Real Madrid adalah pasukan terbaik di dunia," kata Hazard yang ditukil ESPN. "Saya tidak mahu berbohong, itulah impian saya sejak kecil lagi.

"Saya tidak mahu membincangkan perkara ini setiap hari. Saya tidak mahu melayan perkara ini tetapi kita akan membincangkan tentang masa depan saya tidak lama lagi.

"Di minda saya, ada kalanya saya bangun pada pagi hari dan merasakan ingin saja ke sana. Kadang-kadang saya rasa mahu kekal di sini pula. Ia adalah satu keputusan yang sukar. Ia adalah masa depan saya. Saya berusia 27 tahun dan akan mencecah usia 28 tahun pada Januari."

Pada Julai lalu, Hazard ada mengatakan beliau ingin berpindah dari London tetapi akhirnya terus kekal bersama Chelsea. Musim baru ini menyaksikan beliau sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana England buat masa ini dengan tujuh gol.

Chelsea menundukkan Southampton 3-0 kelmarin (7 Okt) dan mengutip 20 mata, sama dengan pendahulu liga Manchester City dan Liverpool selepas lapan perlawanan.

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan