Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bintang bola sepak Pogba tunaikan umrah Ramadan, video ditonton lebih 4.5 juta kali

Pemain bola sepak kelahiran Perancis, Paul Pogba, berhasil membuat ramai penyokong teruja. Manakan tidak, perkongsian video beliau sedang menunaikan umrah di Masjidil Haram menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang bola sepak Pogba tunaikan umrah Ramadan, video ditonton lebih 4.5 juta kali

(Gambar: Instagram/Paul Pogba)

Diterbitkan : 23 May 2018 09:38PM Dikemas Kini : 23 May 2018 09:54PM

MAKKAH: Pemain bola sepak kelahiran Perancis, Paul Pogba, berhasil membuat ramai penyokong teruja. Manakan tidak, perkongsian video beliau sedang menunaikan umrah di Masjidil Haram menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Gulf News melaporkan, pemain Manchester United itu turut memuat naik video berkenaan bagi 22.6 juta pengikutnya di Instagram sedang beliau menjalani ibadah umrah menjelang Piala Dunia.

Catatan beliau turut diiringi kapsyen: "Allahu Akbar. God is the greatest (Allah Maha Besar)."

Dalam video tersebut, yang sudahpun ditonton lebih 4.5 juta kali, Pogba menerangkan betapa gembiranya beliau dapat berada di tanah suci di Arab Saudi itu.

Allah u akbar .God is the greatest ������

A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba) on

"Hanya orang yang datang ke sini, dapat memahami perasaannya. Jadi saya berharap mereka yang belum ke sini, akhirnya dapat ke sini juga suatu hari nanti," katanya, seperti ditukil Gulf News.

"Ini suatu tempat yang indah. Saya tidak dapat menjelaskan perasaan saya di sini. Insya-Allah anda semua akan ke sini suatu hari nanti. Tempat yang indah. Salam."

Ini juga bukan kali pertama Pogba menunaikan ibadah umrah. Sebelum ini, video beliau di Masjidil Haram turut tular di media sosial tahun lalu.

Most beautiful thing I've seen in my life ������

A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba) on

Pada Mei tahun lalu, menurut Gulf News, pemain bola sepak ini turut menulis di laman Twitter, sambil mengucapkan "happy Ramadan" (selamat menyambut Ramadan) dan memuat naik beberapa gambar di hadapan gambar Kaabah, dengan memakai kain ihram.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan