Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas pemain badminton negara M'sia maut dalam kemalangan jalan raya

Bekas pemain badminton kebangsaan Tan Chee Tean meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di selatan Brno, Republik Czech, Sabtu lepas (29 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pemain badminton negara M'sia maut dalam kemalangan jalan raya

Tan Chee Tean. (Gambar: Persatuan Badminton Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 01 Oct 2018 11:22PM Dikemas Kini : 01 Oct 2018 11:26PM

KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton kebangsaan Tan Chee Tean meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di selatan Brno, Republik Czech, Sabtu lepas (29 Sep).

Dalam kejadian itu, Chee Tean, 24 tahun yang menaiki kereta, dalam perjalanan pulang ke Austria selepas menyertai kejohanan Terbuka Republik Czech sebagai pemain persendirian.

Beliau menyertai beregu campuran dalam kejohanan ‘Czech Republic International Challenge’.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pagi Isnin (1 Okt), Chee Tean bernaung di bawah BAM selama enam tahun bermula 2012 sebelum meninggalkan badan penaung badminton negara itu pada Februari tahun ini.

“Saya amat sedih apabila mengetahui kematian Chee Tean. Beliau anak muda yang mempunyai bakat istimewa, yang mampu bermain dalam beregu campuran dan beregu lelaki.

“Pemergiannya adalah kerugian besar bukan hanya kepada keluarga beliau tetapi juga kepada pemain dan peminat badminton. Doa dan ingatan kami bersama-sama keluarga dan rakan-rakan mendiang pada masa yang sukar ini,” kata Presiden BAM Encik Mohamad Norza Zakaria. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan