Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bayern Munich kekal selesa di takhta Liga selepas tewaskan Schalke 2-1

Bayern Munich mengekalkan jurang mata antaranya dengan kelab-kelab lain di persada liga kepada 18 mata.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Feb 2018 06:59PM Dikemas Kini : 11 Feb 2018 10:42PM

MUNICH: Bayern Munich mengekalkan jurang mata antaranya dengan kelab-kelab lain di persada liga kepada 18 mata.

Ini selepas Bayern menang 2-1 ke atas Schalke.

Bermain di padang sendiri, Robert Lewandowski meletakkan Bayern di hadapan seawal minit keenam.

Namun Schalke berjaya menyamakan kedudukan sejurus sebelum masa rehat, hasil jaringan Franco Di Santo.

Lewandowski hampir-hampir menambah jaringan untuk Bayern tetapi rembatannya tersasar.

Sebaliknya, Thomas Muller yang bertindak cemerlang untuk memastikan Bayern menang 2-1.

Di Signal Iduna Park pula, Michy Batshuayi memecahkan kebuntuan ketika Borussia Dortmund menentang Hamburg.

Dalam masa kecederaan, jaringan Mario Gotze memastikan Dortmund menang 2-0.

Sumber : Reuters/AA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan