Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bayern belasah Paderborn 6-0 untuk mara ke separuh akhir Piala Jerman

Bayern Munich menang besar ke atas Paderborn untuk layak ke peringkat separuh akhir Kejohanan DFB Pokal Jerman.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Feb 2018 09:41PM Dikemas Kini : 07 Feb 2018 09:48PM

JERMAN: Bayern Munich menang besar ke atas Paderborn untuk layak ke peringkat separuh akhir Kejohanan DFB Pokal Jerman.

Bayern Munich bertandang ke padang Paderborn dengan keyakinan akan dapat mempertahankan kejohanannya buat kali ke 19.

Kingsley Coman membuka tirai jaringan untuk Bayern seawal minit ke 19 selepas percubaan Arjen Robben gagal membolosi gawang sebelum itu.

Dua lagi gol dijaringkan Bayern empat minit sebelum masa rehat sekaligus menjejas semangat pemain Paderborn untuk bangkit semula.

Gol kedua dijaringkan Robert Lewandowski pada minit ke 25 dan pada minit ke 42 pula, Josh Kimmich menghasilkan gol ketiga Bayern.

Pesta gol Bayern diteruskan dalam babak kedua dengan Corentin Tolisso menanduk masuk gol keempat Bayern hanya 10 minit selepas separuh kedua bermula.

Arjen Robben pula menyumbang dua lagi gol untuk Bayern.

Dengan kemenangan 6-0 itu, Bayern berjaya mara ke perlawanan separuh akhir dengan cukup selesa. 

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan