Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bantahan terhadap Trump hingga ke padang bola sepak

"Baitulmakdis adalah milik Palestin." Itulah kata-kata yang tertera di panji-panji yang dikibarkan bukan di medan tunjuk perasaan tetapi dalam sebuah stadium bola sepak.

Anggaran Waktu Membaca:
Bantahan terhadap Trump hingga ke padang bola sepak

Gambar: Facebook

Diterbitkan : 13 Dec 2017 02:58PM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 03:19PM

EDINBURGH: "Baitulmakdis adalah milik Palestin." Itulah kata-kata yang tertera di panji-panji yang dikibarkan bukan di medan tunjuk perasaan tetapi dalam sebuah stadium bola sepak.

Stadium Easter Road di Edinburgh, Scotland minggu lalu menyaksikan lebih daripada setakat perlawanan antara dua pasukan bola sepak. Para penyokong pasukan tuan rumah, Celtic FC terang-terang membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

"Apabila seseorang itu mewakili institusi Israel, sedihnya, ia bukan hanya sebuah perlawanan. Sukan bola sepak, UEFA dan Celtic FC dipergunakan untuk menyembunyikan Israel yang sebenarnya dan membolehkannya berlagak serta diterima sebagai sebuah negara.

"Ia tidak sepatutnya menikmati pengiktirafan demikian selagi belum bebas daripada hukuman di sisi undang-undang antarabangsa dan sepatutnya menghadapi sekatan atas ketetapan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) yang dicabuli," kata kumpulan yang terbabit menurut laporan Middle East Monitor (MEMO).

Dalam perlawanan pada 10 Disember itu, kedua-dua pasukan - Celtic FC dan Hibernian - masing-masing mempunyai pemain dari Israel iaitu Nir Bitton dan Ofir Marciano, menurut laporan Arutz Sheva iaitu agensi media Israel.

Ini bukan kali pertama bantahan sedemikian diadakan oleh para penyokong pasukan Glasgow itu.

The Canary, agensi media Scotland melaporkan bahawa Celtic FC dikenakan denda sebanyak kerana gagal mengawal para penyokong yang mengibarkan bendera Palestin dalam satu perlawanan menentang sebuah pasukan Israel.

Para penyokong kemudian menggalang dana bukan untuk membantu pasukan Celtic FC tetapi wang sebanyak £180,000 (S$320,000) itu dikirim kepada persatuan amal Palestin.

Tindakan Presiden Amerika Syarikat itu mengundang banyak respons yang negatif terhadapnya dengan ada yang memberi amaran tentang keganasan yang dijangka akan menjadi lebih genting.

Media sosial menjadi wadah paling berkesan menyampaikan bantahan mereka dan pastinya penyokong Celtic FC bijak memanfaatkannya dengan video bantahan mereka cepat menjadi viral di internet. 

Sumber : Agensi berita/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan