Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Baihakki serta kelab Thailand; tolak tawaran bermain dengan KLFA & kelab Saudi

Pemain veteran Singapura, Baihakki Khaizan akan menyarung jersi Muangthong United - salah sebuah kelab terhandal di Thailand - musim ini. Kelab tersebut merupakan naib johan Liga Perdana Thailand dalam musim 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Baihakki serta kelab Thailand; tolak tawaran bermain dengan KLFA & kelab Saudi

Baihakki Khaizan. (Gambar: Baihakki Khaizan/Instagram)

Diterbitkan : 11 Jan 2018 09:33PM Dikemas Kini : 11 Jan 2018 09:38PM

SINGAPURA: Pemain veteran Singapura, Baihakki Khaizan akan menyarung jersi Muangthong United - salah sebuah kelab terhandal di Thailand - musim ini. Kelab tersebut merupakan naib johan Liga Perdana Thailand dalam musim 2017.

Ini bermakna, Baihakki menolak tawaran daripada dua kelab lain - Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dari Malaysia, dan Jeddah Club FC dari Arab Saudi.

KLFA atau 'The Hawks', jelas tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya dengan perkembangan ini.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa, berkata bekas pemain pertahanan antarabangsa Singapura dan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebenarnya sudah bersetuju menyertai kelabnya.

"Pada awalnya, Baihakki bersetuju untuk memeterai perjanjian dengan Kuala Lumpur tetapi tawaran dari Muangthong United, yang akan bermain dalam pusingan kelayakan Liga Kejohanan Asia ternyata begitu sukar untuk ditolak.

"Meskipun terkejut dengan keputusan beliau, kami menerimanya dengan hati yang terbuka dan akan terus mencari pemain pertahanan untuk memenuhi kuota ASEAN," kata Encik Nokman ketika dihubungi agensi berita Bernama hari ini (11 Jan).

Encik Nokman mengakui pasukannya berdepan kesukaran untuk mendapatkan pemain import bagi memenuhi kuota ASEAN sebelum fasa pertama pendaftaran pemain ditutup Ahad ini (14 Jan).

Beliau menjelaskan, jika pasukan Kuala Lumpur gagal mendapatkan pemain pertahanan untuk memenuhi kuota tersebut, mereka akan memulakan proses pencarian sebaik sahaja fasa kedua dibuka pada 14 Mei.

The Hawks dilaporkan menyasarkan pemain Indonesia, Achmad Jufriyanto Tohir dari persib Bandung namun beliau memutuskan untuk tetap bersama pasukannya sekarang.

Encik Nokman berkata The Hawks yang dilatih oleh Fabio Maciel da Silva akan berlepas ke Yokyakarta, Indonesia bagi perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab tempatan di sana sebagai persiapan Liga M 2018 yang akan bermula pada 3 Februari.

The Hawks sudahpun mengekalkan dua pemain Brazil, Guilherme de Paula dan Paulo Josue serta dua pemain asing yang baru, iaitu, Junior Aparecido de Souza dari Brazil dan Boburjon Akbarov dari Uzbekistan.
Kejohanan Liga Perdana 2017, Kuala Lumpur nampaknya terpaksa melupakan tentang Baihakki Khaizan, yang menolak tawaran bermain dengan 'The Hawks' dalam Liga Malaysia (Liga-M) pada musim ini. 

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan