Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Atlit S'pura, Nur Izlyn Zaini, tekad tebus kekecewaan lalu dalam Sukan SEA ke-29

Dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA dua tahun lalu, Nur Izlyn Zaini, terkandas di peringkat saringan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA dua tahun lalu, Nur Izlyn Zaini, terkandas di peringkat saringan.

Ketika itu dia mengalami kecederaan pada kaki kirinya, sebulan sebelum acara lompat pagar 100 meter yang disertainya.

Izlyn bertekad untuk menebus kekecewaan itu dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur bulan ini.

Selepas meraih tiga pingat emas di Kejohanan Atletik Undangan Terbuka Filipina April lalu, Izlyn semakin yakin dapat memperlihatkan prestasi yang lebih baik di Sukan SEA Kuala Lumpur lewat bulan ini.

"Sekarang ini saya sedang berlatih enam kali seminggu, kira-kira dua jam dan saya juga telah berlatih di luar negara seperti di Thailand, Filipina dan India. Prestasi saya sekarang agak baik dan saya yakin saya dapat buat yang terbaik di sukan sea nanti," Nur Izlyn Zaini memberitahu BERITAMediacorp.

Tekad Izlyn untuk bangkit dari kecederaan serius yang dialaminya amat dikagumi pengarah teknikal Persatuan Atletik Singapura, Volker Hermann yang menaruh harapan Izlyn berupaya mencatat masa terpantasnya musim ini.

"Sebenarnya musim ini baik baginya setakat ini. Izlyn berjaya mencatat dua rekod peribadi di Kejuaraan Terbuka Thailand sekitar enam minggu yang lalu dengan mencatat 12.21 saat dalam acara pecut 100 meter dan 14.44 saat dalam acara lompat pagar 100 meter. Saya yakin dia akan mencatat masa yang lebih baik bagi Sukan SEA," kata Pengarah Teknikal Persatuan Atletik Singapura, Volker Hermann.

Pelajar tahun akhir Pengurusan Sukan dan Riadah di Politeknik Republik ini bukan saja akan bersaing dalam acara lompat pagar, malah beliau dan rakan-rakannya seperti Shanti Pereira dan Dipna Lim Prasad juga akan bersaing dalam acara larian 4x100 meter.

Dengan latihan intensif yang dijalaninya, anak sulung tiga beradik ini yakin dapat mencatat prestasi yang baik di Sukan SEA Kuala Lumpur.

Untuk lompat pagar, saya berharap untuk dapat rekod peribadi dan untuk relay pula, saya berharap kita dapat rekod peribadi juga.

Izlyn bersama 28 atlit negara yang lain akan bertanding dalam acara balapan dan padang di Stadium Bukit Jalil bermula 19 haribulan ini.  

Sumber : BERITA Mediacorp/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan