Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Atlit lawan pedang Singapura cemerlang dalam kejohanan antarabangsa

Para atlit lawan pedang negara menyerlah di temasya Piala Dunia Belia (JWC) di Bangkok dengan Pasukan Foil Lelaki menduduki tempat kedua di belakang Perancis pada Ahad (8 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit lawan pedang Singapura cemerlang dalam kejohanan antarabangsa

Pemenang pingat gangsa, (dari kiri) Darren Tan, Yeo Jing Zhe and Jonathan Au Eong. (Gambar: Yeo Siew Wan)

Diterbitkan : 08 Oct 2017 10:11PM Dikemas Kini : 08 Oct 2017 10:16PM

SINGAPURA : Para atlit lawan pedang negara menyerlah di temasya Piala Dunia Belia (JWC) di Bangkok dengan Pasukan Foil Lelaki menduduki tempat kedua di belakang Perancis pada Ahad (8 Okt).

Pingat perak yang diraih Jonathan Au Eong, Darren Tan dan Yeo Jing Zhe, semuanya 17 tahun, merupakan prestasi terbaik dicatatkan pasukan negara dalam kejohanan berprestij itu, bagi semua jenis senjata.

Pasukan itu memulakan perjuangan mereka dengan meraih kemenangan 45-34 ke atas Belanda di peringkat suku akhir sebelum mengalahkan Amerika 45-41 dalam separuh akhir.

Atlit Singapura tumpas kepada Perancis di peringkat akhir dengan kiraan mata 45-38.

Rekod terbaik Singapura sebelum ini merupakan tempat keempat yang diraih Pasukan Foil Lelaki di Bangkok pada tahun 2015.

Singapura juga mencapai keputusan terbaik bagi peringkat individu lelaki di Bangkok pada hujung minggu ini.

Kieren Lock, 15 tahun berjaya ke pusingan ke-16 sebelum kalah 15-11 di tangan Marcello Olivares dari Amerika.

Kieren menduduki tempat ke-11, satu peningkatan bagi Singapura dengan, Kevin Chan mencapai kedudukan ke-12 dua minggu sebelum ini di JWC, London.

Lau Ywen pula ungguli acara 'sabre' individu wanita dalam Kejohanan Lawan Pedang LCSD di Hong Kong.

Ywen, pemenang pingat emas di Sukan SEA baru-baru ini, menumpaskan atlit Olimpik Hong Kong yang juga pemenang pingat perak berganda Sukan Asia, Au Sing Ying, 15-13 di separuh akhir sebelum mengalahkan seorang lagi atlit Hong Kong, Lam Hin Wai di peringkat akhir, juga 15 -13.

Atlit muda Maxine Wong juga cemerlang dalam acara Foil Wanita, menang perak manakala Cheryl Lim memenangi pingat gangsa dalam acara 'Epee Wanita'. 

Sumber : Today/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan