Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arsenal pinjamkan Chambers kepada Fulham

Pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Fulham mendatangani pemain pertahanan Arsenal, Calum Chambers secara pinjaman jangka panjang, umum kelab London itu, pada Rabu (8 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Arsenal pinjamkan Chambers kepada Fulham

Calum Chambers (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Aug 2018 11:38PM Dikemas Kini : 08 Aug 2018 11:41PM

LONDON: Pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Fulham mendatangani pemain pertahanan Arsenal, Calum Chambers secara pinjaman jangka panjang, umum kelab London itu, pada Rabu (8 Ogos).

Pemain berusia 23 tahun itu, yang mengikat kontrak jangka panjang bersama Arsenal bulan lepas, menyertai Fulham hanya empat hari sebelum perlawanan pembukaan musim Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace di Craven Cottage.

“Saya amat teruja. Saya sering menyaksikan perlawanan Fulham pada musim lalu, saya benar-benar gemar melihat cara mereka bermain bola sepak. Pasukan itu memiliki seorang pengurus yang bagus dan mereka merupakan sebuah kelab yang hebat, jadi saya begitu teruja menjelang musim baru ini,” kata Chambers.

Chambers, yang sudah tiga kali mewakili England, boleh beraksi sama ada di posisi bek kanan, bek tengah ataupun selaku pemain tengah. Dia sebelum ini pernah dipinjamkan kepada Middlesbrough bagi musim 2016/17.

“Semua orang boleh melihat bahawa Fulham merupakan sebuah kelab yang begitu menggemari bermain bola sepak dengan melancarkan gerakan dari bahagian bawah padang. Saya menggemari gaya permainan sedemikian, jadi saya rasa permainan Fulham serasi dengan cara saya bermain,” tambahnya.

Chambers sebelum ini ada menyuarakan impiannya untuk merebut tempat dalam pasukan utama di Stadium Emirates sejak Arsenal dikendalikan oleh Unai Emery.

Beliau dijangka berganding dengan bekas rakan sepasukannya dalam skuad England Bawah 21 Tahun, Alfie Mawson di posisi pertahanan selepas pemain berusia 24 tahun itu menyertai Fulham dari Swansea, minggu lepas.

Penyerang Serbia Aleksdandr Mitrovic, penjaga gawang Fabri, pemenang Piala Dunia dari Jerman Andre Schurrle dan bekas pemain tengah Nice Jean-Michael Seri turut menyertai Fulham. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan