Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arsenal, Atletico Madrid, PSG bakal beraksi di Stadium Negara Julai ini, tiket mula dijual 30 Apr

Gergasi bola sepak Eropah, Arsenal, Atletico Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) akan beraksi di Stadium Negara bagi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) dari 26 hingga 30 Julai ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Arsenal, Atletico Madrid, PSG bakal beraksi di Stadium Negara Julai ini, tiket mula dijual 30 Apr

Jose luis Caminero dari Atletico Madrid, Pengerusi Catalyst Media Group Patrick Murphy, Robert Pires dari Arsenal, Timbalan ketua STB Melissa Ow dan Maxwell Scherrer dari Paris Saint-Germain. (Gambar: ICC)

Diterbitkan : 18 Apr 2018 12:13PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 12:21PM

SINGAPURA: Gergasi bola sepak Eropah, Arsenal, Atletico Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) akan beraksi di Stadium Negara bagi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) dari 26 hingga 30 Julai ini.

Penganjur acara itu, Relevent and Catalyst Media Group turut mengumumkan semalam (17 April) bahawa ICC 2018 yang masuk tahun keenam ia dianjurkan, akan menampilkan format baru.

Pertandingan tahun ini akan membariskan 18 kelab terkemuka yang akan bertarung dalam 27 perlawanan di Amerika Syarikat, Eropah dan Singapura. Ini juga merupakan penampilan sulung PSG di Singapura.

Dalam perlawanan pembukaan, Atletico Madrid akan berdepan dengan pasukan Arsenal dari England.

Mediacorp akan menyiarkan kesemua perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa secara langsung melalui Toggle, manakala perlawanan-perlawanan tertentu, termasuk kesemua tiga perlawanan di Singapura, akan disiarkan secara langsung di saluran oktoSports.

Tiket-tiket akan mula dijual jam 10.00 pagi pada 30 April melalui laman Hab Sukan Singapura dan kaunter-kaunter tiket Hab Sukan Singapura.

Berikut adalah senarai perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa di Stadium Negara:

Khamis, 26 Julai – Atletico Madrid lawan Arsenal

Sabtu, 28 Julai – Arsenal lawan Paris Saint-Germain

Isnin, 30 Julai – Paris Saint-Germain lawan Atletico Madrid

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan