Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Anak Michael Schumacher juara lumba F3

Mick Schumacher, anak kepada juara dunia Formula One (F1), Michael, memenangi gelaran Formula 3 (F3) Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak Michael Schumacher juara lumba F3

Mick Schumacher, anak mantan juara dunia F1 Michael Schumacher (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Oct 2018 09:24PM Dikemas Kini : 14 Oct 2018 09:26PM

HOCKENHEIM: Mick Schumacher, anak kepada juara dunia Formula One (F1), Michael, memenangi gelaran Formula 3 (F3) Eropah.

Pelumba berusia 19 tahun itu mengakhiri perlumbaan di tempat kedua di Hockenheim bagi mengutip mata dalam persaingan pelumba F3, menurut laporan Astro Awani.

"Saya sangat gembira," kata pelumba Prema itu seperti ditukil Astro Awani.

"Apa yang telah dicapai oleh pasukan ini merupakan sesuatu yang di luar jangkaan."

Schumacher mendominasi separuh kedua musim dengan memenangi lapan perlumbaan sebelum meraih gelaran pertamanya dalam sukan permotoran.

Pelumba kelahiran Jerman itu menamatkan saingan di tempat ke-12 dalam perlumbaan pertama sebelum menaiki podium dalam perlumbaan berikutnya di belakang juara 2017, Lando Norris, yang bakal memandu bagi pasukan McLaren dalam F1 musim depan.

Menurut Astro Awani, bapa Schumacher, yang mendominasi F1 sekitar awal tahun 2000, masih tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan ski pada Disember 2013.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan