Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Allahyarham Arshad Khamis dijadual pulang ke S'pura Ahad ini; hajat sampaikan berita mengenai perkahwinan anaknya tidak kesampaian

Legenda bola sepak Singapura, Arshad Khamis meninggal dunia pada Khamis (11 Okt) di kediamannya di British Columbia di Kanada.

Anggaran Waktu Membaca:
Allahyarham Arshad Khamis dijadual pulang ke S'pura Ahad ini; hajat sampaikan berita mengenai perkahwinan anaknya tidak kesampaian

Allahyarham Arshad Khamis dan isterinya, Jamilah Khamis. (Gambar: Mil Khamis/Facebook)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 12:43PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 02:00PM

CHILLIWACK: Legenda bola sepak Singapura, Arshad Khamis meninggal dunia pada Khamis (11 Okt) di kediamannya di British Columbia di Kanada.

Allahyarham, seorang pemain penyerang yang hebat semasa zaman kegemilangannya, juga merupakan antara pemain utama dalam pasukan bola sepak Singapura yang menjulang Piala Malaysia pada tahun 1977 dan 1980.

Allahyarham juga pernah bermain dalam pasukan Persatuan Sukan Angkatan Bersenjata Singapura dan Pasukan Melayu Singapura.

Isteri Allahyarham, Jamilah Khamis, memberitahu Mediacorp bahawa Allahyarham meninggal dunia pada sekitar 1.45 tengah hari waktu tempatan (5.45 pagi waktu Singapura) pada Khamis (11 Okt).

Menurut Cik Jamilah, beliau sedang menyediakan jamuan tengah hari ketika Allahyarham sedang berehat di ruang tamu. Beliau mendapati Allahyarham tidak memberikan respons semasa beliau memanggilnya.

Isteri Allahyarham kemudian memeriksa keadaannya dan menghubungi para paramedik, yang tidak dapat mengesan denyutan jantungnya.

Menurut Cik Jamilah, legenda bola sepak Singapura itu mungkin meninggal dunia akibat serangan jantung.

Allahyarham baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-68 tahun pada 10 September.

Gambar Allahyarham Arshad Khamis. (Gambar: Ex International Legends/Facebook)

Allahyarham kali terakhir pulang ke Singapura pada bulan Februari dan mereka sudahpun merancang untuk kembali ke tanah air pada Ahad ini (14 Okt).

Lawatan itu dirancang bagi memaklumkan para keluarga dan rakan-rakan mengenai perkahwinan anak perempuan mereka yang bakal berlangsung pada bulan Disember.

Allahyarham mengimbas kembali zaman kegemilangan pasukan bola sepak Singapura pada tahun 1970-an dalam satu wawancara dua tahun lalu.

Allahyarham berhijrah ke Kanada pada 1992 pada usia 42 tahun, di mana beliau bekerja di sana sebagai seorang teknisyen. 

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, tiga orang anak dan tujuh orang cucu. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan