Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

30,000 dijangka lihat pertembungan musuh tradisi Selangor-S'pura

Penganjur Piala Sultan Selangor 2018 menyasarkan 30,000 peminat bola sepak tempatan bakal membanjiri Stadium Shah Alam bagi melihat pertembungan dua musuh tradisi bola sepak iaitu Selangor dan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
30,000 dijangka lihat pertembungan musuh tradisi Selangor-S'pura

(Gambar: Selangor FC/ Facebook)

Diterbitkan : 25 Jul 2018 12:19PM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 12:21PM

SHAH ALAM: Penganjur Piala Sultan Selangor 2018 menyasarkan 30,000 peminat bola sepak tempatan bakal membanjiri Stadium Shah Alam bagi melihat pertembungan dua musuh tradisi bola sepak iaitu Selangor dan Singapura.

Pengerusi Piala Sultan Selangor 2018 Abd Karim Munisar berkata beliau yakin dengan pertambahan satu lagi piala yang dipertandingkan iaitu Piala Cabaran Sekolah-Sekolah yang mula diperkenalkan pada tahun lepas bakal menjadi tarikan utama.

“Bagi piala ini, kami mengenal pasti 20 pelajar dari seluruh Selangor untuk merampas kembali piala ini yang dimenangi oleh Singapura pada tahun lepas.

“Kami yakin pasukan kali ini akan berjaya merampas kembali ketiga-tiga piala yang ditawarkan, Piala Cabaran Sekolah-Sekolah, Piala Pilihan dan Veteran,” kata Encik Abd Karim.

Tiket akan mula dijual kepada peminat bola tempatan pada 11 Ogos ini berharga RM10 (S$3.40) sekeping di samping diadakan cabutan bertuah berupa sebuah kereta Honda City. 

Sumber : Bernama/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan