Images
  • france belgium celebration
    Para penyokong meraikan kemenangan Perancis menewaskan Belgium dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia. (Gambar: AFP)

27 cedera dalam rempuhan susuli kemenangan Perancis di Piala Dunia

NICE: Suasana gembira menjadi cemas apabila sekurang-kurangnya 27 orang cedera dalam satu insiden rempuhan di Nice, Perancis pada Selasa (10 Jul).

Kumpulan penyokong itu sedang meraikan kemenangan Perancis ke atas Belgium di Piala Dunia, namun keadaan bertukar panik dan kecoh apabila bunga api meletup sejurus sebelum tamat perlawanan separuh akhir itu, menurut pihak berkuasa.

Kebanyakan mangsa yang cedera mengalami luka dan lebam akibat dipijak orang ramai.

Media tempatan turut menyiarkan beberapa imej yang menunjukkan serpihan kaca yang bertebaran di jalan serta beberapa buah meja terbalik.

Sementara itu di Paris, para penyokong di Champs Elysees melempar perabot ke arah pihak polis yang menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka dari tempat itu. 

- Reuters/TQ/tq

Top