Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

2 pemain badminton profesional M'sia disiasat badan dunia, disyaki dalam skandal rasuah

Dua pemain badminton profesional Malaysia sedang disiasat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana disyaki terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.

Anggaran Waktu Membaca:
2 pemain badminton profesional M'sia disiasat badan dunia, disyaki dalam skandal rasuah

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 14 Feb 2018 06:36PM Dikemas Kini : 14 Feb 2018 06:38PM

KUALA LUMPUR: Dua pemain badminton profesional Malaysia sedang disiasat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana disyaki terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.

Sumber Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengesahkan perkara itu hari ini (14 Feb), menyatakan kedua-dua pemain terbabit disiasat kerana dikatakan cuba menyogok beberapa pemain asing dengan memujuk mereka terlibat sama dalam mengatur perlawanan.

"BWF memaklumkan kepada BAM bahawa dua pemain yang bukan berada di bawah naungan kami sedang disiasat kerana disyaki terlibat dengan skandal cuba mengatur perlawanan dan kita tidak mengetahui fakta kes kerana siasatan masih dijalankan BWF.

"Ketika ini, BAM tidak mengetahui fakta kes sebenar dan kami tidak mahu membuat sebarang andaian kerana BWF sedang menjalankan siasatan dalaman," menurut sumber tersebut.

Sumber itu mendedahkan BAM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemain badminton kebangsaan sekiranya terlibat mengatur perlawanan dan mereka akan berdepan tindakan tegas termasuk digantung status pemain seumur hidup.

Hari ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki mengesahkan menerima laporan dan sedang memastikan kebenaran dakwaan, seorang pemain profesional kini dalam siasatan BWF, kerana dipercayai terlibat mengatur perlawanan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan