Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

2 bekas pegawai eksekutif FIFA didapati bersalah atas tuduhan rasuah

Dua bekas pegawai eksekutif persekutuan bola sepak Amerika Selatan, didapati bersalah atas pelbagai tuduhan.

Anggaran Waktu Membaca:
2 bekas pegawai eksekutif FIFA didapati bersalah atas tuduhan rasuah

Jose Maria Marin dari Brazil, salah seorang daripada tiga defendan dalam skandal FIFA. (Gambar: DON EMMERT/AFP)

Diterbitkan : 23 Dec 2017 09:16PM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 09:19PM

NEW YORK: Dua bekas pegawai eksekutif persekutuan bola sepak Amerika Selatan, didapati bersalah atas pelbagai tuduhan.

Ini merupakan kali pertama kes rasuah diadili berdasarkan siasatan menyeluruh Amerika Syarikat terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa, FIFA.

Bekas Ketua Persekutuan Bola Sepak Brazil Jose Maria Marin, didapati bersalah kerana menerima rasuah bersama bekas Ketua Persekutuan Bola Sepak Paraguay, Juan Angel Napout.

Marin didapati bersalah atas enam tuduhan termasuk menggelapkan wang manakala Napout bersalah atas tiga tuduhan termasuk penipuan.

Kedua-duanya diberkas pada 2015.

Keputusan ke atas bekas Presiden Persekutuan Bola Sepak Peru, Manuel Burga dijangkakan Selasa depan (26 Dis)

Pihak pendakwa Amerika Syarikat sudahpun mendakwa 42 pegawai bola sepak merata dunia dan sekurang-kurangnya 24 daripada mereka mengaku bersalah.

Sumber : AFP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan