Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

132 peminat fanatik dilarang ke Piala Dunia di Rusia

Polis Metropolitan Scotland Yard London semalam (4 Jun) mengarahkan 132 peminat fanatik bola sepak negara itu agar menyerahkan pasport masing-masing, kerana berdepan larangan ke Rusia untuk menonton Piala Dunia 2018, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
132 peminat fanatik dilarang ke Piala Dunia di Rusia

(Gambar: REUTERS/Sergei Karpukhin/File Photo)

Diterbitkan : 05 Jun 2018 01:54PM Dikemas Kini : 05 Jun 2018 01:55PM

LONDON: Polis Metropolitan Scotland Yard London semalam (4 Jun) mengarahkan 132 peminat fanatik bola sepak negara itu agar menyerahkan pasport masing-masing, kerana berdepan larangan ke Rusia untuk menonton Piala Dunia 2018, lapor agensi berita Xinhua. 

Warga London yang disabitkan dengan kesalahan berkaitan bola sepak tertakluk kepada peraturan tidak dibenarkan ke luar negara untuk menyokong pasukan England.

Jika gagal menyerahkan pasport, mereka bakal berdepan tindakan dan ditahan polis.

Bagi memudahkan urusan penyerahan dan pengumpulan pasport, pegawai polis akan ditempatkan di balai polis seluruh London pada Isnin dan Selasa. 

Di samping itu, polis juga akan ditugaskan di Lapangan Terbang Heathrow untuk memantau. 

Kira-kira 10,000 peminat England dijangka berlepas ke Rusia bagi menyaksikan Piala Dunia yang dijadual bermula 14 Jun.

Pihak berkuasa Rusia turut memperketatkan kawalan untuk memastikan insiden tidak diingini berulang membabitkan peminat Rusia dan England seperti mana yang berlaku di Marseilles pada kejohanan Euro 2016.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan