Zika: Amerika keluarkan nasihat perjalanan ke 11 negara
Amerika Syarikat sudah mengeluarkan nasihat perjalanan khas ke 11 negara, kebanyakannya di Asia Tenggara, akibat penularan virus Zika.
NEW YORK: Amerika Syarikat sudah mengeluarkan nasihat perjalanan khas ke 11 negara, kebanyakannya di Asia Tenggara, akibat penularan virus Zika.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Amerika (CDC)menggesa wanita-wanita negara itu supaya menangguhkan rancangan hendak ke negara-negara berkenaan.
Sebelas negara yang termasuk dalam nasihat perjalanan khas Amerika itu ialah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Maldives, Myanmar, Filipina, Thailand, Vietnem dan Timor-Leste.
CDC menyatakan negara-negara tersebut sudah melaporkan adanya kes Zika jangkitan tempatan atau menerusi perjalanan ke negara lain.
Menurut CDC, virus Zika sudah ada di Asia Tenggara sejak sekian lama.Ramai penduduk rantau itu, menurutnya, mungkin sudah mempunyai daya tahan tubuh untuk melawan virus tersebut.
Sebaliknya rakyat Amerika mungkin belum ada imun itu kerana ada di kalangan mereka dikesan dijangkiti Zika selepas melawat Asia Tenggara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.