Zika

Images
  • zika check
    Pekerja sedang memeriksa longkang di Bedok North. (ROSLAN RAHMAN/AFP)

Tiada kes baru Zika dilaporkan di Singapura hari ini

SINGAPURA: Tiada kes baru Zika dilaporkan di Singapura, setakat sehingga 3.00 petang hari ini (13 September), menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Ini merupakan kali pertama sejak 27 Ogos, di mana kes jangkitan tempatan pertama dilaporkan di sini dan tiada kes baru disahkan.

Dengan ini, sebanyak 333 kes disahkan dijangkiti virus itu sejak 28 Ogos, menurut laman itu. Daripada jumlah itu, 269 - iaitu sekitar 80 peratus kes yang disahkan adalah dari kelompok di Aljunied, Sims Drive dan Paya Lebar Way.

- CNA/ru

Top