Zika

Images
  • zika thai
    Zika dijangkiti daripada gigitan nyamuk aegypti Aedes dan hubungan seksual. AFP/Marvin 

Thailand sahkan 21 kes baru Zika, antaranya seorang wanita hamil

THAILAND: Thailand mengesahkan 21 kes baru Zika jangkitan tempatan dalam daerah pusat perniagaan Sathon di Bangkok.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand menyatakan mereka yang dijangkiti termasuk seorang wanita hamil yang suaminya baru sahaja pulang dari Singapura.

Wanita itu dijangkiti virus Zika ketika mengandung 37 minggu.

Beliau sudah pun selamat melahirkan dan menurut pihak berkuasa Thailand, wanita itu dan bayinya, sihat.

Bayinya juga tidak mengalami kecacatan.

Pihak berkuasa menemui banyak tempat nyamuk membiak dekat kediaman wanita tersebut.

Mereka sedang memantau kemungkinan lebih banyak kes jangkitan di beberapa daerah berdekatan.

Sekitar 20 kes Zika dilaporkan baru-baru ini di wilayah lain termasuk Bung Kan, Chanthaburi dan Chiang Mai.

- BERITAMediacorp/ru

Top