Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghalau serangga disediakan bagi wanita hamil di semua CC mulai Sabtu ini

 Wanita hamil boleh mendapatkan penghalau serangga di mana-mana kelab masayarakat (CC) merata Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Penghalau serangga disediakan bagi wanita hamil di semua CC mulai Sabtu ini

REUTERS/Edgar Su

Diterbitkan : 08 Sep 2016 08:17PM Dikemas Kini : 08 Sep 2016 08:21PM

SINGAPURA: Wanita hamil boleh mendapatkan penghalau serangga di mana-mana kelab masayarakat (CC) merata Singapura mulai Sabtu ini (10 September), menurut Persatuan Rakyat (PA) hari ini (8 September).

Ini membolehkan wanita hamil untuk mendapatkan penghalau serangga dengan mudah dan pantas walaupun para peruncit mendapatkan bekalan baru di tengah-tengah permintaan yang tinggi bagi penghalau serangga, tambah PA.

Beberapa kedai juga dilaporkan menerima permintaan yang tinggi untuk penghalau serangga di tengah-tengah penularan Zika, dengan penjualan naik seganda atau dua kali ganda di sesetengah kedai sejak beberapa minggu lalu apabila kes jangkitan pertama dilaporkan di sini.

Setakat sehingga semalam (7 September), terdapat 283 kes yang disahkan Zika di Singapura.

"PA menarik perhatian bahawa ramai wanita hamil menyuarakan kebimbangan mereka kepada pemimpin akar umbi dan relawan kami semasa berinteraksi di acara masyarakat dan lawatan dari rumah ke rumah," menurut PA dalam satu kenyataan media.

Pengarah Eksekutif PA Ang Hak Seng berkata meskipun persatuan itu sudah meningkatkan usaha untuk menangani Zika dari peringkat awal, ia mahu melakukan lebih lagi bagi wanita hamil.

"Kami dengan pantas bekerja dengan agensi-agensi yang relevan untuk mendapatkan penghalau serangga untuk mereka supaya dapat membantu mengurangkan kebimbangan mereka," kata Encik Ang.

PA menyatakan ia bekerjasama dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mendapatkan 30,000 botol penghalau serangga 30ml setiap satu.

Wanita hamil yang tidak dapat membelinya di kedai runcit boleh mendapatkannya di mana-mana CC. Botol itu boleh digunakan sekitar tiga hari jika sering digunakan.

Pendekatan ini dijangka dapat membantu wanita hamil sehingga ubat itu dibekalkan semula di kedai-kedai runcit, tambah PA.

Untuk mendapatkannya, wanita hamil perlu menunjukkan kad temu janji mereka, tambahnya.

Senarai CC disediakan di laman PA. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan