Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk Bishan Street 12 tarik nafas lega selepas sah bebas Zika aktif

Kes jangkitan Zika di Bishan Street 12 mula dikesan pada 6 September lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Bishan Street 12 tarik nafas lega selepas sah bebas Zika aktif

Operasi pengkabutan di sebuah taman permainan di kelompok Zika di Singapura. (Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 29 Sep 2016 08:44PM Dikemas Kini : 29 Sep 2016 08:46PM

SINGAPURA: Penduduk-penduduk di Bishan Street 12 menarik nafas lega setelah kawasan tempat tinggal mereka diisytiharkan bukan lagi kelompok Zika aktif.

Kes jangkitan Zika di Bishan Street 12 mula dikesan pada 6 September lalu.

Kesemuanya lima kes jangkitan Zika dikesan di kawasan ini.

Namun mulai semalam (28 September) kawasan itu tidak lagi dianggap sebagai salah satu kelompok Zika aktif.

Ini memandangkan tiada kes baru Zika di kawasan perumahan itu dalam tempoh dua minggu.

Perkembangan itu pastinya melegakan para penduduk kawasan berkenaan.

Namun mereka juga akur tentang perlunya terus berwaspada terhadap virus Zika dan memastikan tiada air bertakung yang boleh jadi sarang pembiakan nyamuk di kawasan perumahan mereka.

"Alhamdulillah, sangat gembira, tidak payah risau selalu tengok orang datang sembur sana, sembur sini," kata seorang penduduk Nur Haryanie.

Seorang lagi penduduk Salina Mohd Hassan ujar: "Kita hendaklah bersihkan rumah kita, kadang-kadang dekat tangki air, tandas pun ada tempat membiak nyamuk. Kita semua perlu keringkan tempat-tempat itu." 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan