Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasangan suami isteri di Johor bebas Zika

Setakat 10 September, jumlah kes demam denggi di kawasan MBJB adalah sebanyak 3,512 kes berbanding 3,542 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan suami isteri di Johor bebas Zika

REUTERS/Daniel Becerril/Gambar fail

Diterbitkan : 21 Sep 2016 04:16PM Dikemas Kini : 21 Sep 2016 04:18PM

JOHOR BAHRU: Pasangan suami isteri yang dijangkiti virus Zika di Malaysia, disahkan bebas daripada virus itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor Bahru Ayub Rahmat.

Beliau yang mengesahkan perkara itu berkata ujian darah dan air kencing kedua-dua mereka didapati negatif daripada virus tersebut.

Sebelum ini, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Ketua Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor dari Jabatan Kesihatan Negeri Dr Roslinda A Rahman berkata kedua-dua mereka dibenarkan pulang minggu lalu.

"Bagi wanita dan kandungannya, pakar perbidanan akan memantau keadaannya dan kandungannya. Dia juga dinasihatkan membuat pemeriksaan setiap dua minggu sekali untuk melihat perkembangan bayinya," katanya kepada wartawan selepas taklimat operasi mencari dan memusnah hari ini (21 September).

Setakat ini, sebanyak 62 daripada 64 kes yang diperiksa dan disyaki virus Zika di Johor Bahru didapati negatif, kata Dr Roslinda.

"Sekarang ini, sesiapa sahaja yang datang ke klinik kesihatan dan hospital dengan tanda-randa ruam, konjunktivitis dan demam memang kita akan suspek dia sebagai Zika walaupun tidak pergi ke Singapura.

"Kita akan lihat, analisa dan hantar (sampel) darah serta air kencing mereka untuk lihat sama ada ada ia virus Zika dan dimasukkan dalam wad untuk pemantauan sehingga kita dapati mereka negatif, kita bebaskan," katanya.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan mengadakan operasi mencari dan memusnah 2.0 dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri pada 24 September ini dalam usaha menyekat pembiakan nyamuk aedes.

Pengarah Kesihatan MBJB Dr Rahim Tumin berkata operasi itu yang akan diadakan secara serentak di seluruh kawasan MBJB meliputi kawasan seluas 330 kilometer persegi yang mempunyai kira-kira 700,000 penduduk, akan membabitkan kira-kira 100 kakitangan dari MBJB dan jabatan kesihatan itu.

Setakat 10 September, jumlah kes demam denggi di kawasan MBJB adalah sebanyak 3,512 kes berbanding 3,542 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. 

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan