Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 40 orang di Malaysia disyaki dijangkiti virus Zika

Lebih 40 orang rakyat Malaysia di negara itu disyaki dijangkiti virus Zika.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 40 orang di Malaysia disyaki dijangkiti virus Zika

REUTERS/Alvin Baez

Diterbitkan : 12 Sep 2016 06:10PM Dikemas Kini : 12 Sep 2016 06:18PM

KUALA LUMPUR: Lebih 40 orang rakyat Malaysia di negara itu disyaki dijangkiti virus Zika.

Demikian menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Dr S.Subramaniam.

Katanya kementeriannya kini sedang menunggu laporan penuh daripada Institut
Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk mengesahkan sama ada suspek positif Zika atau
sebaliknya.

IMR mempunyai standard tertentu untuk mengendalikan pengesahan ujian darah, kata Dr Subramaniam, yang juga presiden MIC, kepada wartawan hari ini (12 Sep).

Setakat ini, terdapat empat kes didapati positif virus Zika di negara itu dengan kes terbaru melibatkan seorang suami kepada wanita hamil dari Taman Desa Harmoni, Johor Baru yang mengalami ruam pada 2 September.

Isterinya, yang sedang hamil tiga atau empat bulan, disahkan positif virus Zika pada 7 September selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Johor apabila mengalami gelaja ruam, sakit badan dan deman.

Seorang wanita berusia 58 tahun dari Klang, Selangor menjadi kes pertama jangkitan kes tersebut diikuti kes dua melibatkan seorang lelaki di Sabah.

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan