Zika

Images
  • Zika
    Nyamuk Aedes aegypti. (Gambar fail: REUTERS/Daniel Becerril)

Lebih 200 kes Zika dilapor di Thailand

BANGKOK: Lebih 200 kes Zika dilaporkan di Thailand tahun ini.

Pihak berkuasa negara itu sedang meningkatkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN lain bagi memerangi penularan virus Zika.

Menurut Kementerian Kesihatan Thailand, satu perbincangan mengenai tahap kesediaan negara-negara ASEAN dijadualkan pada minggu depan.

Pihak berkuasa sedang meningkatkan usaha mengawal pembiakan nyamuk dan menyatakan jumlah kes yang dilaporkan setiap minggu kekal di dalam jangkauan sekitar 20.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah sedang melakukan langkah-langkah menyaring para penderma darah bagi mengelakkan berlakunya wabak Zika.

- Agensi berita/nd

Top