Zika

Images
  • zika astar
    REUTERS/Edgar Su

Lebih 200 amah sertai usaha basmi penularan Zika

SINGAPURA: Lebih 200 pembantu rumah asing menyertai usaha membasmi penularan virus Zika siang tadi (11 September) di Taman Bandar Toa Payoh.

Ia sebagai sebahagian daripada usaha Pusat bagi Pembantu Rumah Asing (CDE) untuk mendekati mereka.

Para sukarelawan dan anggota CDE membahagi-bahagikan risalah dalam bahasa Indonesia dan Tagalog bagi memudahkan pembantu-pembantu rumah asing memahami langkah mencegah Zika.

Ini merupakan yang pertama daripada empat sesi mingguan untuk mendekati para pembantu rumah asing di tempat-tempat yang sering dikunjungi mereka seperti di Toa Payoh dan Paya Lebar.

"Kami rasa jika pembantu-pembantu rumah asing kita dapat memahami dengan lebih mahir kandungan-kandungan seperti langkah-langkah "Mozzie Wipeout", mereka akan lebih berkesan untuk memberi bantuan atau sokongan kepada majikan-majikan mereka.

"Saya rasa ini akan menolong majikan-majikan mereka mengurangkan pembiakan nyamuk dan penularan Zika di rumah mereka," kata Pengara Eksekutif (Strategi) CDE Shamsul Kamar. 

- BERITAMediacorp/ru

Top