Zika

Images
  • zika larva
    Larva nyamuk yang dikumpulkan dari kelompok-kelompok Zika di Singapura. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Bengkel guna herba Cina untuk basmi nyamuk dianjurkan

SINGAPURA: Beberapa jenis herba boleh juga digunakan untuk menghalau nyamuk.

Sehubungan dengan itu Persatuan Rakyat (PA) bersama Persatuan Ahli Ubat-ubatan Cina Singapura menganjurkan bengkel mengenai cara herba Cina boleh digunakan untuk membasmi nyamuk.

Kumpulan-kumpulan berkebun PA diajar cara membuat uncang berisi beberapa jenis herba yang mudah didapati di kedai-kedai ubat Cina.

Mereka belajar bagaimana uncang sedemikian boleh digunakan sebagai cara lain untuk menghalau nyamuk.

Pihak penganjur berharap para peserta akan berkongsi ilmu yang diraih dengan para penduduk lain di kawasan mereka.

"Seperti mana kita tahu, sekarang kita ada wabak Denggi dan Zika. Ramai orang yang mencari cara-cara yang tertentu untuk menghidari penyakit-penyakit ini semua.

"Sebab itu, dengan adanya PA dengan SCDA untuk adakan bengkel seperti ini, kita boleh tahu lebih banyak cara untuk jauhkan kita daripada semua nyamuk ini," kata peserta bengkel itu Encik Zamri. 

- BERITAMediacorp/ru

Top