Zika

Images
  • zika
    REUTERS/Edgar Su

3 kes baru Zika disahkan hari ini, bukan dari kelompok yang ada kini

SINGAPURA: Tiga kes baru jangkitan tempatan Zika disahkan hari ini (20 September), membawa jumlah keseluruhan kes itu di Singapura kepada 384.

Data di laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan tiada daripada kes-kes baru itu dikaitkan dengan sembilan kelompok Zika yang ada kini.

Kelompok Aljunied Crescent/Sims Drive kekal kelompok terbesar, dengan 286 kes setakat ini, dan Elite Terrace pula kelompok kedua terbesar, dengan 13 kes.

- CNA/ru

Top