Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

16 wanita hamil di S’pura disahkan dijangkiti Zika

Seramai 16 wanita hamil disahkan dijangkiti virus Zika di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (23 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Sep 2016 11:40PM Dikemas Kini : 24 Sep 2016 10:04PM

SINGAPURA: Seramai 16 wanita hamil disahkan dijangkiti virus Zika di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (23 Sep).

MOH menyatakan demikian hampir sebulan selepas kes jangkitan tempatan Zika yang pertama dilaporkan di sini.

Para doktor wanita-wanita hamil itu sedang mendampingi mereka untuk memberikan kaunseling dan sokongan.

Sehingga hari ini, keseluruhannya sebanyak 387 kes Zika disahkan di Singapura, menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, MOH mengesahkan bahawa 658 ujian Zika dijalankan antara 7 hingga 17 September.

Daripada jumlah itu, 297 ujian dijalankan terhadap wanita hamil atau individu yang menunjukkan simptom-simptom Zika dan perlu menjalani ujian tersebut.

MOH TIMBANG TUBUHKAN PROGRAM PANTAU BAYI ZIKA

MOH juga menambah bahawa ia sedang menimbangkan rancangan untuk menubuhkan sebuah program pengawasan kebangsaan untuk memantau perkembangan bayi-bayi yang dilahirkan oleh wanita hamil yang dijangkiti Zika. Ia menambah bahawa pihaknya memantau dengan teliti para wanita hamil yang disahkan dijangkiti Zika.

Ujian awal hasil satu kajian di Brazil sudah mengaitkan jangkitan Zika di kalangan wanita hamil dengan masalah mikrosefali pada bayi-bayi mereka – kecacatan pada bayi baru lahir yang menyebabkan kepala mereka bersaiz lebih kecil daripada normal dan boleh membawa kepada masalah-masalah pembangunan yang serius.

Mikrosefali dijejaki oleh pendaftar kebangsaan kecacatan lahir Singapura sejak Januari 1993.

Antara 2011 hingga 2014, jumlah tahunan kes mikrosefali yang didaftarkan dengan pendaftar itu di Singapura adalah antara lima hingga 12 kes bagi setiap 10,000 kelahiran hidup di Singapura.

Tiada kes mikrosefali yang dikaitkan dengan virus Zika dilaporkan di Singapura sejauh ini.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan