Zika

Images
  • poster zika 2 sep
    Seorang relawan melekatkan poster tentang Zika pada lif sebuah estet perumahan di Singapura. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

14 kes baru Zika di S'pura, keseluruhannya 355 kes

SINGAPURA: Sebanyak 14 kes baru Zika disahkan di Singapura sehingga 3.00 petang tadi (15 Sep), menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Ini menjadikan keseluruhannya 355 kes Zika di negara ini sejauh ini.

Di kalangan 14 kes baru itu, enam dari kelompok Aljunied, menjadikan keseluruhannya 279 kes dari kelompok itu, sementara tiga dari kelompok Elite Terrace. Kelompok Ubi dan Circuit Road juga masing-masing melaporkan satu kes baru.

Lapan kes baru Zika dilaporkan semalam, selepas sehari tiada kes baru dilaporkan kelmarin.

- CNA/nd

Top