Zika

Images
  • fogging zika 1 sep
    Operasi pengkabutan di sebuah taman permainan di kelompok Zika di Singapura. (Gambar: Reuters/Edgar Su)

12 kes baru Zika di S'pura pada hujung minggu lalu

SINGAPURA: Sebanyak 12 kes baru Zika disahkan di Singapura sepanjang hujung minggu lalu, menurut perangkaan terkini di laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Ini menjadikan keseluruhannya 381 kes Zika di negara ini sejauh ini, meningkat berbanding 369 pada Jumaat lalu.

NEA menambah bahawa sehingga 3.00 petang tadi (19 Sep), tiada kes baru dilaporkan hari ini.

Menurut laman NEA, satu kelompok baru juga dilaporkan di Hougang Avenue 7, dengan dua kes baru dilaporkan di Blok 325 pada hujung minggu lalu.

Daripada kes-kes baru itu, tiga dari kelompok utama Aljunied/Sims Drive, menjadikan jumlah kes yang dikesan di kelompok Zika terbesar negara ini kepada 286.

Dua kes baru disahkan di kelompok Elite Terrace, menjadikan jumlah kes di situ sebanyak 13. Sehingga hari ini, ia merupakan kelompok kedua terbesar di Singapura. 

- CNA/nd

Top