Zika

Images
  • fogging (1)
    Kerja-kerja menyembur asap. (Gambar: Justin Ong)

11 kes baru Zika disahkan hari ini; 10 tiada kaitan dengan sebarang kelompok yang ada

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (11 September) mengesahkan 11 kes baru jangkitan tempatan Zika di Singapura.

Satu daripada kes itu dikaitkan dengan kelompok Elite Terrace dan sepuluh lagi kes tidak ada kaitan dengan kelompok yang ada sekarang.

Buat masa ini terdapat 329 kes Zika.

Lapan wanita hamil dijangkiti virus itu, menurut MOH sambil menambah bahawa doktor mereka sedang menjalankan rawatan susulan bagi menyediakan sokongan dan kaunseling.

Agensi Sekitaran Kebangsaan sedang meneruskan operasi kawalan vektor dan usaha mendampingi penduduk di kawasan kelompok di Aljunied Crescent/ Sims Drive/ Paya Lebar Way/ Kallang Way/ Circuit Road/ Geylang East Central/ Geylang East Avenue 1; Bedok North Avenue 2/ Bedok North Avenue 3/ Bedok North Street 3; Joo Seng Road; Bishan Street 12; Elite Terrace; Ubi Crescent and Jalan Raya/Circuit Road.

Setakat sehingga semalam (10 September), sejumlah 202 tempat pembiakan nyamuk dikesan dan dihapuskan di dalam kawasan kelompok itu.

121 daripadanya di rumah-rumah, dan 81 di ruang awam/ premis lain.

Mulai esok (12 September), NEA dan MOH akan memberikan perkembangan terkini setiap hari di laman NEA.

Orang ramai boleh merujuk kepada laman itu bagi mendapatkan maklumat yang dikemas kini mengenai jumlah kes Zika yang dilaporkan dan kelompok yang dikesan sejauh ini. 

- CNA/ru

Top