Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA, Skuasy: S'pura raih emas pertama dalam 20 tahun

Gandingan Singapura, Marcus Phua dan Vivian Rhamanan hari ini berjaya mengakhiri penantian selama 20 tahun negara ini untuk meraih pingat emas dalam sukan skuasy di Sukan SEA.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA, Skuasy: S'pura raih emas pertama dalam 20 tahun

Pemain skuasy Singapura, Marcus Phua (kiri) dan Vivian Rhamanan (kanan) bergambar dengan pingat emas. (Gambar: SEA Games 2015/ Facebook)

Diterbitkan : 15 Jun 2015 11:18PM Dikemas Kini : 15 Jun 2015 11:22PM

SINGAPURA: Gandingan Singapura, Marcus Phua dan Vivian Rhamanan hari ini berjaya mengakhiri penantian selama 20 tahun negara ini untuk meraih pingat emas dalam sukan skuasy di Sukan SEA.

Mereka menewaskan Ade Furkon dan Sandi A Perdana dari Indonesia dalam kategori regu Jumbo lelaki.

Kali terakhir Singapura memenangi emas bagi sukan skuasy ialah 1995.

Phua dan Rhamanan - yang bersahabat hampir dua dekad - mengalahkan saingan mereka itu dalam dua set - 11-3, 11-8.

Rhamanan berkata: "Saya kenal (Phua) sejak saya berumur 12 tahun, sudah 17 tahun saya mengenalinya. Daripada persahabatan kami, terhasil kerjasama pingat emas Sukan SEA." 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan