Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sukan SEA, Silat: Walaupun kaki luka berdarah, Nur Alfian genggam Emas buat Singapura

Pesilat Singapura, Muhammad Nur Alfian Juma'en menewaskan Tran Dinh Nam dari Vietnam 5-0 dalam perlawanan peringkat akhir di Singapore Expo hari ini (14 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jun 2015 05:51PM Dikemas Kini : 15 Jun 2015 12:26AM

SINGAPURA: Pesilat negara, Muhammad Nur Alfian Juma'en menjulang pingat Emas bagi acara tanding Kategori F (70-75 kilogram).

Nur Alfian menewaskan Tran Dinh Nam dari Vietnam 5-0 dalam pertarungan peringkat akhir di Singapora Expo hari ini (14 Jun). Dia meraih kejayaan itu meskipun kakinya berdarah dan begitu ketara melumuri medan pertarungan semasa pusingan ketiga. 

Pesilat Negara, Muhammad Nur Alfian Juma'en

Ini bermakna Alfian berjaya mempertahankan kejuaraannya dalam Sukan SEA. Dia menjuarai kategori yang sama dalam Sukan SEA 2013.  

Pingat emas ini adalah yang pertama bagi pasukan silat negara dalam Sukan SEA kali ini. Ia tambahan kepada 1 perak dan 6 gangsa. 

Pesilat Negara, Muhammad Nur Alfian Juma'en (Gambar: BERITAMediaCorp/Shaik Iqbal)
Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan