Sukan SEA 2015

Images

Sukan SEA, Sepak Takraw: S'pura raih gangsa

SINGAPURA: Singapura meraih gangsa dalam acara sepak takraw berpasangan, selepas tewas di tangan Filipina dalam perlawanan separuh akhir.

Pasukan Singapura memulakan perlawanan dengan memberangsangkan dan menang set pertama 21-12.

Tetapi Filipina bangkit semula dalam set kedua untuk menang 21-19.

Set penentuan juga dikuasai Filipina, yang menang 21-16 untuk mara ke perlawanan akhir. 

- CNA/nd

Top