Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Semangat tak mahu serah kalah bantu pasukan hoki lantai wanita S'pura raih emas

Dengan sokongan padu dari para penyokong tempatan, pasukan hoki lantai wanita negara meraih pingat emas dengan menewaskan Thailand menerusi pukulan penalti hari ini (14 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jun 2015 07:29PM Dikemas Kini : 15 Jun 2015 12:14AM

SINGAPURA: Dengan sokongan padu dari para penyokong tempatan, pasukan hoki lantai wanita negara meraih pingat emas dengan menewaskan Thailand menerusi pukulan penalti hari ini (14 Jun).

Thailand mendahului 1-0 sebelum Cheryl Yeo membuka tirai jaringan bagi pasukan tuan rumah pada minit ke-14.

Ong Hui Hui kemudian bertindak cemerlang untuk menambah jaringan Singapura dan menjadikan kedudukan 2-1.

Thailand bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan untuk mengikat perlawanan 2-2.

Singapura mendahului perlawanan sekali lagi apabila Ou Mei Wen menjaringkan gol ketiga pasukan negara.

Thailand yang enggan menyerah kalah, menyamakan kedudukan sekali lagi untuk menjadikannya 3-3.

Kedua-dua pasukan masih terikat 3-3 di akhir masa tambahan.

Singapura akhirnya berjaya melenturkan Thailand menerusi pukulan penalti, yang berjaya disempurnakan oleh Jill Quek dan Natalia Wee.

Selain Quek dan Wee, pasukan negara juga perlu berterima kasih kepada penjaga gawang Fariza Mohamed Zabir yang berjaya menyelamatkan tiga pukulan penalti dari Thailand.

Singapura yang bermain dengan cemerlang sepanjang kejohanan hoki lantai dengan mudah menewaskan Malaysia dan Thailand untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

PASUKAN LELAKI MENANG PINGAT EMAS, MENJADIKAN KEMENANGAN BERGANDA BAGI SINGAPURA

Pasukan lelaki negara dengan mudah menewaskan Thailand 9-0 untuk meraih pingat emas kedua dalam acara hoki lantai. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan