Sukan SEA: S'pura menang dua pingat emas dalam acara ski air
Peserta negara, Mark Leong menang emas acara slalom mengalahkan lima peserta lain. Atlit wanita, Shasa Christian turutmengatasi empat peserta lain untuk meraih pingat emas.
SINGAPURA: Di Kolam Air Bedok pagi tadi (13 Jun), acara ski air menyumbang dua lagi pingat emas kepada tuan rumah.
Peserta negara, Mark Leong menang emas acara slalom mengalahkan lima peserta lain.
Markah yang dikumpulkannya juga merupakan satu rekod baru Sukan SEA.
Peserta Indonesia, Indra Hardinata menang perak manakala peserta Malaysia, Alexander Loong raih gangsa.
Acara serupa bahagian wanita juga dimenangi peserta tuan rumah.
Shasa Christian mengatasi empat peserta lain untuk meraih pingat emas.
Ini merupakan pingat emasnya yang kedua dalam Sukan SEA kali ini.
Seorang lagi peserta Singapura, Kalya Marisa Kee menang pingat gangsa.
Peserta Indonesia, Ummu Thoyibhatus Sholikah pula menang perak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.