Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA renang: S'pura raih emas bagi gaya bebas, kuak lentang

Amanda Lim menyumbang pingat emas untuk Singapura dalam acara renang malam ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2015 08:53PM Dikemas Kini : 11 Jun 2015 09:39PM

SINGAPURA: Amanda Lim menyumbang pingat emas untuk Singapura dalam acara renang malam ini.

Amanda menang acara 50 meter gaya bebas. Dia menamatkan perlumbaan ini dalam masa 25.59 saat, yang merupakan rekod baru Sukan SEA.

Seorang lagi peserta tuan rumah, Quah Tingwen menang perak manakala pingat gangsa diraih perenang Filipina, Jasmine Alkhaldi.

EMAS BAGI ACARA 50M KUAK LENTANG

Singapura juga menang pingat emas dalam acara 50 meter kuak lentang lelaki. Quah Zheng Wen menduduki tempat pertama dengan catatan masa 25:27 saat, juga satu rekod baru kejohanan ini.

Perenang Indonesia menang perak, sementara tempat ketiga diraih perenang Thailand.

GANGSA BAGI ACARA 200M KUAK DADA

Sementara itu, Singapura menang pingat gangsa bagi acara perseorangan wanita 200 meter kuak dada. Gangsa diraih Samantha Yeo, yang mencatat masa 2 minit 35.60 saat.

Perenang Vietnam, Nguyen Thi Anh Vien terus menunjukkan kehebatannya dengan memenangi satu lagi pingat emas. Pingat perak menjadi milik peserta Thailand.

Singapura juga menang pingat gangsa dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki menerusi Pang Sheng Jun.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan