Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA, Polo Air: Pasukan lelaki S'pura kekalkan kejuaraan

Ini merupakan kali ke-26 berturut-turut Pasukan Polo Air lelaki Singapura merangkul pingat emas dalam Sukan SEA. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA, Polo Air: Pasukan lelaki S'pura kekalkan kejuaraan

Sukan SEA 2015: Polo Air Lelaki (Gambar: CNA/Xabryna Kek)

Diterbitkan : 16 Jun 2015 06:09PM Dikemas Kini : 16 Jun 2015 06:15PM

SINGAPURA: Pasukan tuan rumah meraih pingat emas yang ke-84 dalam Sukan SEA 2015, apabila pasukan polo air lelaki mengalahkan Indonesia 15-10 dalam perlawanan akhir pertandingan.

Seperti yang dijangkakan, pertarungan sengit kerana kedua-dua pasukan tidak pernah kalah dalam perlawanan-perlawanan awal. Namun Singapura mempunyai perbezaan gol yang jauh lebih hebat, sebanyak 51 berbanding 26 oleh Indonesia.

Ini merupakan kali ke-26 berturut-turut Pasukan Polo Air lelaki Singapura merangkul pingat emas dalam Sukan SEA. Malah pasukan ini telah memenangi setiap tajuk polo air sejak diperkenalkan ke Sukan SEA.

Awal hari inin (16 Jun), iaitu hari terakhir Sukan SEA 2015, Singapura menang 83 pingat emas, 73 pingat perak dan 102 pingat gangsa.

Prestasi itu hampir 100 pingat lebih hebat berbanding pungutan pingat terbaik sebelum ini.
 

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan