Sukan SEA 2015

Images
  • water polo sea games 15 june
    Pasukan air polo Singapura menentang Thailand di OCBC Aquatic Centre. (Gambar: Goh Chiew Tong)

Sukan SEA, Polo Air: S'pura tumpas di tangan Thai

SINGAPURA: Harapan Singapura untuk meraih satu lagi pingat emas dalam acara polo air di Sukan SEA, gagal selepas pasukan wanitanya tumpas di tangan Thailand.

Persaingan antara kedua-dua pasukan itu sengit sejak perlawanan bermula.

Kedua-dua pasukan seri 3-3 dalam separuh masa pertama. Dalam separuh masa kedua, Thailand menyumbat dua lagi gol. Singapura kemudian membalas dengan satu gol.

Keputusan berakhir 5-4 dengan Singapura membawa pulang pingat perak.  

- CNA/nd

Top