Sukan SEA 2015

Images

Sukan SEA: Dua pesilat wanita gagal ke peringkat akhir

SINGAPURA: Dua srikandi negara gagal mara ke peringkat akhir esok selepas ditundukkan oleh pesaing masing-masing hari ini (13 Jun).

Dalam peringkat separuh akhir acara Tanding Kategori 'D', Nurul Suhaila Mohd Saiful berdepan dengan pencabar dari Malaysia, Siti Rahmah Mohd Nasir.

Siti berjaya mematahkan strategi Suhaila dan menjatuhkannya beberapa kali.

Suhaila kalah 0-5.

Dalam acara Tanding Kategori 'B' pula, Nur Shafiqa Sheik Alau'ddin mengalami nasib serupa semasa bertemu pencabar dari Laos.

Nur Shafiqa melakukan beberapa teknik sapuan namun tidak menepati sasaran.

Dia juga terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Keputusan muktamad 4-1 berpihak kepada pesilat Laos.

Pesilat Negara, Nur Shafiqa Sheik Alau'ddin: "Saya rasa setiap pertandingan amatlah sengit, sesiapa sahaja boleh menang. Jadi kita harus sentiasa bangkit daripada kekalahan dan cuba lagi dalam pertandingan seterusnya. 

- BERITAMediaCorp/is

Top