Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sukan SEA, Bola Sepak: Pasukan bolasepak Thailand berjaya mempertahankan pingat emas

Pasukan bola sepak Thailand berjaya mempertahankan pingat emas

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA, Bola Sepak: Pasukan bolasepak Thailand berjaya mempertahankan pingat emas

Perlawanan bola sepak peringkat akhir di Sukan SEA ke-28 antara Myanmar dan Thailand. (Gambar: Jack Board)

Diterbitkan : 16 Jun 2015 08:55AM Dikemas Kini : 16 Jun 2015 08:58AM

SINGAPURA: Pasukan bola sepak Thailand berjaya mempertahankan pingat emas apabila ia menewaskan Myanmar 3-0 malam semalam.

Bermain di hadapan 31,000 penonton di Stadium Negara, gol-gol yang dijaringkan dalam separuh masa kedua oleh Tanaboon Kesarat, Chananan Pom-bub-pha dan pemain gantian Pinyo Inpinit, memastikan Thailand merangkul emas buat kali ke-10 berturut-turut dalam 12 pertandingan Sukan SEA yang lalu.

Pasukan bawah 23 tahun yang dipimpin oleh jurulatih Choke-tawee Prom-rut itu, menang semua 7 perlawanan dalam sukan SEA kali ini, menjaringkan 24 gol dan gawangnya dibolosi hanya sekali.

Awal dari itu, Vietnam meraih pingat gangsa selepas mengalahkan Indonesia 5-0.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan