Sukan SEA 2015

Images
  • men athletics 4x100 m sea games
    Calvin Kang, Gary Yeo, Lee Cheng Wei dan Muhd Amirudin Jamal raih perak bagi acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter. (Gambar: Channel NewsAsia)

Sukan SEA, Atletik: S'pura raih perak, cipta rekod baru

SINGAPURA: Pada hari terakhir acara atletik, pasukan Singapura menang sebutir pingat perak dan dua gangsa.

Pingat perak Singapura dimenangi dalam acara lari berganti-ganti 4x100 meter lelaki.

Calvin Kang, Gary Yeo, Lee Cheng Wei dan Muhd Amirudin Jamal menamatkan perlumbaan itu dalam masa 39.24 saat. Ia merupakan rekod baru kebangsaan.

Pasukan Thailand menang emas dengan catatan masa 38.99 saat. Indonesia pula meraih gangsa.

- CNA/nd

Top