Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Rekod 41 tahun atletik Singapura berjaya ditumbangkan

Satu lagi rekod 'tua' atletik Singapura jatuh tergolek dalam Sukan SEA, setelah pasukan pelari Singapura berjaya membuat satu lagi penerobosan di Stadium Negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Rekod 41 tahun atletik Singapura berjaya ditumbangkan

Reaksi pasukan lari berganti-ganti Singapura setelah mendapat tahu mereka memecahkan rekod negara. (Gambar: Goh Chiew Tong)

Diterbitkan : 12 Jun 2015 12:30AM Dikemas Kini : 12 Jun 2015 12:43AM

SINGAPURA: Satu lagi rekod 'tua' atletik Singapura jatuh tergolek dalam Sukan SEA, setelah pasukan pelari Singapura berjaya membuat satu lagi penerobosan di Stadium Negara.

Dalam acara lari berganti-ganti 4x400 meter, para pelari pecut Singapura iaitu T Piriyah, Dipna Lim-Prasad, Goh Chui Ling dan Shanti Pereira mencatat masa 3 minit 40.58 saat.

Sebelum ini, rekod negara yang ada ialah 3 minit 43.85 saat.

Ia dicatatkan pada tahun 1974 oleh Glory Barnabas, Chee Swee Lee, Maimoon Azian, dan Lee Tai Jong, semasa Sukan Asia Tehran.

Ini bermakna, Dipna Lim-Prasad dan rakan-rakannya berjaya memendekkan rekod nasional itu dengan lebih 3 saat.

Sungguhpun mencatat prestasi cemerlang, pasukan lari berganti-ganti Singapura itu masih gagal membawa pulang sebarang pingat dalam larian tersebut.

Ia dimenangi oleh Vietnam yang mencatat masa 3:31.46 saat. Thailand di tempat kedua dengan masa 3:36.82 saat sementara Malaysia meraih gangsa dengan catatan 3:39.10 saat. 

Sumber : CNA/diwai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan